fbpx

Komputer Sudah Meramal Pemenang World Cup 2018

Pembaca yang dihormati,

Komputer Sudah Meramal Pemenang World Cup 2018 !!

 Komputer Sudah Meramal Pemenang World Cup 2018 Blog  News Data analytics Artificial Intelligence

Debaran ‘World Cup 2018’ semakin menghampiri. Ramai yang tertanya-tanya siapakah bakal juara bagi World Cup 2018 ini. Walaupon tiada jawapan yang pasti tepat, para pengkaji telah melakukan ramalan menggunakan komputer atau teknik dipanggil ‘Machine learning’ (ML). ML adalah teknik kecerdasan buatan atau ‘Artificial Intelligence‘ (AI) yang digunakan untuk meramal sesuatu perkara yang mungkin terjadi menggunakan data lepas yang banyak.

Dengan menggunakan teknik ML yang dipanggil ‘Random Forest’, pengkaji bernama Andreas Groll telah melakukan simulati pertandingan ‘World Cup’ ini sebanyak seratus ribu kali. Antara faktor yang didapati menyumbang kepada kemenangan pasukan ialah ranking pasukan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan bilangan pemain yang menyertai Champion League. Faktor yang tidak menyumbang kepada ramalan ialah populasi negara dan kewarganegaraan jurulatih pasukan.

Ramalan yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Peluang Germany ke suku akhir ialah 58%.
  • Peluang Spain ke suku akhir ialah 73%.
  • Germany diramal berpotensi menjadi juara di ikuti oleh Spain dengan kemungkinan yang lebih kurang sama.
  • Spain berkemungkinan menjadi juara sebanyak 17.8%.

Marilah kita sama-sama saksikan adakah ramalan komputer ini tepat :).

Artikel asal.

 Komputer Sudah Meramal Pemenang World Cup 2018 Blog  News Data analytics Artificial Intelligence

Author: Muhamad Hariz

I am a Ph.D. in IT candidate specializing in artificial intelligence, data mining, and general IT.

Contact: hariz@autosoft.my

Similar Posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *